JOTA MALAYSIA 2009


Jamboree On The Air, atau ringkasnya JOTA adalah satu aktiviti komunikasi Pengakap menggunakan radio amatur. JOTA Dunia, yang diadakan setiap tahun dalam bulan Oktober, disertai lebih 560,000 (angka 2007) pengakap. Ianya merupakan perhimpunan terbesar para pengakap setiap tahun.

Sejak tahun 1958, JOTA Dunia diadakan setiap tahun selama 2 hari iaitu pada hujung minggu lengkap kedua dalam bulan Oktober.


Jamboree On The Air Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 15-17 Mei 2009. QTH JOTA MY ini akan diadakan diseluruh negeri mengikut stesen yg telah ditetap.


Berbagai program dan aktiviti boleh dijalankan sempena JOTA walaupun pada asasnya, perhubungan radio adalah teras kepada aktiviti ini. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan adalah:


  1. Rumah Terbuka JOTA
    Stesen beroperasi di sekolah atau tempat yang di tetapkan
    Jemputan kepada semua pasukan berunifom yang lain dan juga orang awam (ibu bapa/ keluarga)
    Adakan Pameran berkenaan JOTA, Pengakap dan Radio Amatur
    Adakan Ceramah Pengenalan JOTA, Pengakap dan Radio Amatur
    Adakan permainan berkaitan Radio Amatur
    Tidak Bermalam

  2. Perkhemahan JOTA
    Adakan perkhemahan.
    Bermalam
    Aktiviti dan permainan berasaskan komunikasi
    -Komunikasi Radio Amatur (Kod Q dan lain-lain)
    -Komunikasi Bendera Semaphore
    -Komunikasi Kod MORSE
    -Dan sebagainya
    Pertandingan berasaskan perkara di atas
    Ceramah berkenaan radio amatur
    Tayangan video berkenaan radio amatur
    Perhubungan di setiap waktu (malam, awal pagi, pagi, tengahari, petang)
    Jemputan kepada pasukan berunifom lain
    Jemputan kepada ibubapa dan orang awam
    Aktiviti kepengakapan yang lain – ujian lencana dan sebagainya.

  3. Lawatan ke stesen radio amatur
    Dalam kumpulan yang kecil
    Membuat temujanji dengan pemegang lesen radio amatur
    Berkunjung ke rumah beliau ketika JOTA berlansung
    Membawa dokumen penerangan ini untuk ditinggalkan sesalinan kepada beliau
    Mempelajari dengan bertanya kepada beliau tentang radio amatur
    Mencuba berkomunikasi dengan kebenaran beliau
    Bersopan, berunifom penuh dan peka terhadap adap-adap menjadi tetamu
    Mengucapkan terima kasih, membawa cenderahati


Mereka yang berminat untuk menyertai JOTA boleh menghubungi






Frekuensi JOTA yang akan digunakan adalah seperti berikut:

Jalur SSB ------------(phone) CW ------(Morse code)
80-meter ------------3.740 MHz --------3.590 MHz
40-meter ------------7.090 MHz --------7.030 MHz
20-meter ------------14.290 MHz ------14.070 MHz
17-meter ------------18.140 MHz -------18.080 MHz
15-meter ------------21.360 MHz -------21.140 MHz
12-meter ------------24.960 MHz -------24.910 MHz
10-meter ------------28.390 MHz -------28.190 MHz

Untuk jalur 2m, frekuensi tempatan yang boleh digunakan untuk saluran panggilan (calling channel) ialah 145.300 (V24) dan Link Kebangsaan kepunyaan MARTS untuk kommunikasi seluruh negara. Frekuensi pancarulang terdekat dengan kawasan anda boleh didapati dari laman web http://www.marts.org.my/

Sila layari laman web kepunyaan persatuan-persatuan radio amatur yang lain untuk mengetahui frekuensi mereka.

Comments

Popular Posts