Tuesday, 30 June 2009

Lamp Box For Sale





Name: Haron
E-mail: bear-storm@hotmail.com
Phone number: 016-365 9005
Category: Mobile Phones & Gadgets
Subject: Box Lamp
Price: RM25.00 per unit


Kotak Lampu untuk dijual.

  • Sesuai dijadikan hadiah atau hiasan.
  • Mudah digunakan.
  • Menggunakan 4 unit bateri saiz 'AA'.
  • Boleh diletak di atas meja atau digantung.
  • Datang berserta kotak (tidak termasuk bateri).
  • Pelbagai pilihan dan corak.
  • Harga seunit cuma RM25 sahaja.


Berminat? Sila hubungi 016-365 9005.

Harga tidak termasuk kos penghantaran melalui pos.
Self Collect atau penghantaran secara terus terhad kepada kawasan Wangsa Maju dan sekitarnyas ahaja pada masa ini.

Wednesday, 24 June 2009

Multi Function Flash LED for sale.







Name: Haron
Telephone number: 016-365 9005
Category: Accessories & Parts For sale
Subject: Multi Function Flash L.E.D
Price: RM 160 (nego)
  1. Lampu kelip2 untuk diletakkan di cermin hadapan atau cermin belakangkenderaan.
  2. Hanya menggunakan 'Cigar Jack' berkuasa 12V.
  3. Tidak mengganggu pemanduan.
  4. Dilengkapi bracket & Suction Cup.
  5. 3 cara/jenis kerlipan.

Berminat? Sila hubungi 016-365 9005

Harga tidak termasuk kos penghantaran melalui pos.
Self Collect atau penghantaran secara terus terhad kepada sekitar Wangsa Maju sahaja pada masa ini.

Tuesday, 23 June 2009

Kenyataan Akhbar dari Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan H1N1

KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA PANDEMIK INFLUENZA A(H1N1)
DAN TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
22 Jun 2009

Sehingga 22 Jun 2009 jam 09.00 pagi (dalam tempoh 24 jam lepas), terdapat lima (5) kes Influenza A(H1N1) import baru, dan tiga (3) jangkitan tempatan dikesan; menjadikan jumlah keseluruhan kes Influenza A(H1N1) yang dikesan adalah sebanyak 58 kes iaitu 51 kes import dan 7 kes jangkitan tempatan. Kesemua 5 kes import dan 3 jangkitan tersebut adalah warganegara Malaysia. Lima (5) kes import adalah dari Australia (2), United kingdom (1), Manila (1) dan Phuket (1).
  1. 1. Kes ke 51 merupakan kanak-kanak perempuan warga Malaysia, berumur 3 tahun, yang telah bercuti ke Melbourne, Australia dari 12 hingga 19 Jun 2009 bersama kedua ibubapa. Mereka balik ke Malaysia pada 19 Jun 2009 dengan penerbangan MH148 (barisan tempat duduk 12), tiba di KLIA pada 19 Jun 2009 jam 8.30 malam tanpa sebarang simptom. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 20 Jun 2009 kerana mengalami demam dan disahkan positif pada 21 Jun 2009 sebagai kes import. Dengan ini penumpang yang menaiki penerbangan yang sama dan duduk di antara baris 9 hingga 15 diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat bagi mendapat nasihat kesihatan lebih lanjut.
  2. Kes ke 52, seorang lelaki warga Malaysia berumur 35 tahun merupakan seorang pramugara dengan Penerbangan Malaysia (MAS). Beliau merupakan petugas di dalam penerbangan MH 1 Delta dari London ke KLIA dan sampai pada 18 Jun 2009 jam 4.30 pagi dan telah mengalami simptom bermula pada 19 Jun 2009 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 20 Jun 2009 dan disahkan positif pada 21 Jun 2009 sebagai kes import.
  3. Kes ke 53, seorang perempuan warga Malaysia berumur 37 telah melancong ke Sydney, Australia bersama suami pada 4 hingga 16 Jun 2009. Beliau pulang melalui penerbangan MH 122 (tempat duduk 32A) tiba di KLIA 16 Jun 2009 jam 8.30 malam. Beliau mula sakit pada 19 Jun 2009 dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 20 Jun 2009. Beliau disahkan positif pada 21 Jun 2009 sebagai kes import. Dengan ini penumpang yang menaiki penerbangan yang sama dan duduk di antara baris 29 hingga 35 diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat bagi mendapat nasihat kesihatan lebih lanjut.
  4. Kes ke 54, seorang perempuan warga Malaysia berumur 25 tahun dan merupakan kontak kepada kes ke 48. Beliau mula mengalami demam dan batuk pada 19 Jun 2009 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, pada 20 Jun 2009 dan disahkan positif pada 21 Jun 2009. Beliau merupakan kes jangkitan tempatan ke 5.
  5. Beliau mengalami demam dan batuk pada 19 Jun 2009 dan telaKes ke 55, seorang perempuan warganegara Malaysia berumur 18 tahun juga merupakan kontak kepada kes ke 48h dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, pada 20 Jun 2009 dan disahkan positif pada 21 Jun 2009. Beliau merupakan kes jangkitan tempatan ke 6.
  6. Kes ke 56, seorang lelaki warganegara Malaysia yang merupakan ahli perniagaan. Beliau telah ke Manila pada 11 hingga 15 Jun 2009 dan pulang melalui penerbangan MH 705 (barisan tempat duduk 37) tiba di KLIA pada 15 Jun 2009 jam 4.50 petang. Beliau mula mengalami demam, batuk dan sakit tekak pada 16 Jun 2009 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 21 Jun 2009 dan disahkan positif pada hari yang sama. Dengan ini penumpang yang menaiki penerbangan yang sama dan duduk di antara baris 34 hingga 40 diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat bagi mendapat nasihat kesihatan lebih lanjut.
  7. Kes ke 57, seorang lelaki warganegara Malaysia. Beliau telah bercuti di Phuket, Thailand, bermula 16 – 21 Jun 2009 dan pulang melalui penerbangan Air Asia AK 837 (tempat duduk 12A) tiba di LCCT pada 21 Jun 2009. Beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 21 Jun 2009 dan disahkan positif pada 21 Jun 2009. Dengan ini penumpang yang menaiki penerbangan yang sama dan duduk di antara baris 9 hingga 15 diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat bagi mendapat nasihat kesihatan lebih lanjut.
  8. Kes ke 58, seorang pelajar perempuan warganegara Malaysia berumur 11 tahun yang merupakan kontak kepada kes ke 43. Beliau adalah pelajar SRK Assunta 2 tetapi berlainan kelas dengan kes ke 43. Beliau telah mula mengalami demam, batuk dan sakit tekak mulai 21 Jun 2009, dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan disahkan positif pada 22 Jun 2009. Beliau merupakan kes jangkitan tempatan ke 7. Sehubungan dengan ini telah terdapat 2 kes positif di kalangan pelajar di sekolah tersebut dan pihak Kementerian sedang mengambil langkah yang sewajarnya.

Buat masa ini dua buah sekolah iaitu SRJK(C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SRK Assunta 2, Petaling Jaya, telah ditutup bermula masing-masing pada 21 Jun 2009 dan 22 Jun 2009. Sementara itu bagi Seri Cempaka International School, Batu 9 Cheras, Selangor; SMK Seksyen 9 Shah Alam dan SMK Damansara Utama, Petaling Jaya dimana satu kelas sahaja telah diarah tutup di sekolah masing-masing bermula 22 Jun 2009. Semua penutupan ini dilaksanakan sehingga 26 Jun 2009. Manakala bagi SM Wangsa Maju, Kuala Lumpur, satu kelas juga diarah tutup sehingga 25 Jun 2009.

Sehubungan dengan ini, semua ibubapa kepada pelajar-pelajar sekolah yang dinyatakan di atas diminta untuk memastikan anak-anak mereka berada di rumah dan tidak pergi ke tempat tempat awam. Manakala ibubapa dan ahli keluarga kepada anak-anak yang diletak dibawah home qurantine boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa. Walau bagaimana pun ibubapa dan ahli keluarga kepada kes yang disahkan positif hendaklah menjalani home quarantine seperti yang diarahkan oleh pihak Kementerian. Kepada pelajar-pelajar dari sekolah terbabit sekiranya mengalami gejala demam dan tanda-tanda seperti batuk,sakit tekak dan selesema hendak segera mendapatkan rawatan di hospital.

Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengesan kesemua kontak termasuk krew penerbangan dan penumpang MH122 yang mendarat di KLIA pada 16 Jun 2009, MH1 Delta yang mendarat di KLIA pada 18 Jun 2009 jam 4.30 pagi, MH148 yang mendarat di KLIA pada 19 Jun 2009 jam 8.30 malam, MH705 yang mendarat di KLIA pada 15 Jun 2009 dan AK837 yang mendarat pada 21 Jun 2009. Manakala itu, bagi bagi pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah yang terlibat, diminta untuk menghubungi pihak sekolah atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk mendapat nasihat kesihatan dengan lebih lanjut.

Buat masa ini, sejumlah 42 kes daripada 58 kes yang disahkan positif influenza A(H1N1) masih dalam rawatan di hospital iaitu Hospital Sungai Buloh (22), Hospital Kuala Lumpur (7), Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (3), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (4), Hospital Ipoh (1), Hospital Pulau Pinang (2), dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar (3). Kesemua diberikan rawatan antivirus dan dalam keadaan stabil.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, sejumlah 80 notifikasi kes yang menunjukkan gejala jangkitan influenza diterima dari seluruh negara. Sehingga 21 Jun 2009 jam 9.00 malam, jumlah terkumpul kes yang disiasat kerana disyaki jangkitan influenza A(H1N1) adalah sebanyak 1,320 kes di mana, 58 kes disahkan positif influenza A(H1N1), 1,258 disahkan negatif dan 4 masih menunggu keputusan.

Pada 21 Jun 2009 sehingga jam 9.00 mlm, seramai 69 orang bagi kontak kes 16 dan kes 17 telah tamat home quarantine. Kontak yang masih diletakkan di bawah home quarantine kini adalah seramai 378 orang, ini termasuk 143 kontak baru yang dikesan. Kesemua mereka yang sedang menjalani kuarantin dalam keadaan stabil tanpa simptom jangkitan influenza.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa sehingga 22 Jun 2009, jam 8 pagi, jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) yang dilaporkan ke WHO adalah sebanyak 44,978 kes dengan 181 kematian daripada 96 negara, iaitu pertambahan 243 kes. Negara yang melaporkan pertambahan kes adalah Australia (53), China – Tanah Besar (58), Hong Kong (65), Korea (15), Malaysia (7), New Zealand (42) dan Vietnam (3).

Bagi mengesan kontak kepada kesemua kes positif, Kementerian Kesihatan meminta kepada penumpang, anak kapal dan kontak kepada kes terutama yang duduk di 3 barisan hadapan dan belakang serta pelajar dari sekolah-sekolah yang terbabit untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau KKM melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 untuk membolehkan kami memberikan nasihat kesihatan termasuk keperluan home quarantine.

Kepada pelajar Malaysia dan mereka yang baru kembali bercuti di luar negara yang terjejas dengan wabak influenza A(H1N1) adalah diminta untuk sentiasa mematuhi nasihat yang diberikan. Mereka yang mula merasa kurang sihat atau ada tanda awal jangkitan seperti batuk dan demam hendaklah segera mendapatkan rawatan daripada doktor yang berdekatan dan mengurangkan pergaulan dengan rakan lain termasuk mengelakkan diri dari menghadiri kelas dan bekerja di pejabat. Langkah ini untuk mengelakkan penularan penyakit di sekolah dan di tempat kerja yang boleh melibatkan penularan jangkitan.

Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk menangguhkan perjalanan ke negara negara yang dilanda wabak kecuali jika betul-betul tidak dapat dielakkan. Perjalanan ke luar negara yang dilanda wabak boleh meningkatkan risiko mendapat jangkitan Influenza A(H1N1), samada semasa berada di negara berkenaan atau pun semasa berada di dalam pesawat. Ini bukan sahaja akan menyebabkan anda jatuh sakit dan terpaksa dirawat di negara lain, tetapi anda dan keluarga anda akan dikuarantin jika terbabit dengan kes yang disahkan positif. Justeru itu, orang ramai adalah digesa sekali lagi agar memberi kerjasama menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang dilanda wabak Influenza A(H1N1) buat masa ini, kecuali bagi perjalanan yang perlu sahaja yang tidak boleh ditangguhkan.

Orang ramai juga turut dinasihatkan agar sentiasa mengikuti perkembangan situasi semasa penyakit ini dan mendapatkan maklumat yang terkini dan tepat dari Kementerian Kesihatan melalui laman web Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my dan pengumuman KKM melalui media dari semasa ke semasa.

Sekian dan terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HAJI MOHD. ISMAIL MERICAN
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
DIRECTOR GEERAL OF HEALTH MALAYSIA
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan,
62590 Putrajaya
Tel :603-88832545
Faks :603-88895542
E-mail:ismailmerican@moh.gov.my

Tarikh: 22 Jun 2009

Monday, 22 June 2009

MEASAT-3A berjaya dilancarkan pagi ini - Malaysiakini


Jun 22, 09 12:34pm

Satelit terbaru Malaysia, MEASAT-3a berjaya dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome (Kazakhstan) pada jam 5.50 pagi waktu Malaysia hari ini.Ia dilancarkan dalam keadaan cuaca dingin dan berangin.

MEASAT-3a sepatutnya dilancarkan Ogos tahun lalu tetapi kemalangan kren telah merosakkannya semasa persediaan untuk pelancaran dan terpaksa dihantar kembali ke Dulles untuk dibaiki.

Satelit MEASAT-3a bernilai AS$165 juta itu akan meningkatkan kapasiti satelit syarikat dengan ketara, lapor Bernama.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengetuai kumpulan 50 anggota untuk menyaksikan pelancaran satelit keempat milik Measat Satellite Systems Sdn Bhd, menggantikan MEASAT 1 dan 2 yang dijadualkan selesai memberikan perkhidmatan pada 2015.

Satelit itu akan mula beroperasi pada Julai. MAESAT 3 dilancarkan pada 2006.Rais berkata beliau sangat gembira dan berbangga dengan kejayaan pelancaran satelit berkenaan memandangkan ia akan membantu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam perniagaan satelit antarabangsa serta penyiaran.

Peluang seumur hidup

"Ia juga akan meletakkan satu asas bagi rakyat Malaysia sendiri untuk mereka bentuk, mewujudkan dan mengeluarkan satelit mereka sendiri di masa depan dan tidak bergantung kepada pihak lain, satu langkah yang boleh dianggap sebagai suatu yang menggalakkan untuk industri kreatif Malaysia," kata beliau selepas menyaksikan pelancaran MEASAT-3a seberat 2,366 kilogram.
Pelancaran itu disiarkan secara langsung di Awani, saluran 501 Astro.Antara yang menyaksikan pelancaran itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Telekom Malaysia Bhd (TM) Datuk Zamzamzairani Mohd Isa.
Rais berkata ini merupakan kali pertama beliau menyaksikan pelancaran satelit.
Pelancaran MEASAT-3a, yang dikeluarkan oleh Orbital Sciences Corp of Dulles, Amerika Syarikat itu juga menjadi satu peristiwa yang tidak boleh dlupakan bagi 14 pelajar cemerlang dari Malaysia, India, Indonesia, Filipina dan United Kingdom.
Bagi mereka, ia merupakan peluang sekali dalam seumur hidup.
Lima pelajar Malaysia yang diberi peluang menyaksikan sendiri pelancaran itu ialah Ahmad Ruiz Mohd Asri dari Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur; Edmund Chen Min Lau dari Kuching, Sarawak; Lina Na'ilah Abdul Talip dari Kajang; Chandra Sekhar Kuppusamy dari Johor Baharu, dan Cliff Asher R. Ongil dari Beaufort, Sabah.
Mereka menganggap peluang sedemikan sebagai impian yang menjadi kenyataan.

Sunday, 21 June 2009

H1N1: SJKC Jalan Davidson KL ditutup - Malaysiakini




Jun 21, 09 8:19pm


Satu lagi kes Influenza A (H1N1) melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 11 tahun dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK (C) Jalan Davidson di sini disahkan hari ini, menjadikan jumlah kes Influenza A (H1N1) di seluruh negara sebanyak 50 setakat ini.


Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pelajar tersebut adalah rakan sekelas kepada kes terdahulu di sekolah berkenaan iaitu di Kelas 5(I), menjadikan kes Influenza A (H1N1) di sekolah itu kepada tiga, dua daripadanya kes penularan tempatan."Kami akan memantau sekolah itu dari dekat bersama guru-guru dan PIBG," katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah tersebut di ibunegara hari ini.


Sebelum itu pelajar perempuan kelas yang sama telah disahkan menghidap penyakit itu pada jam 6.30 pagi hari ini.Menurut Liow kedua-dua pelajar perempuan berkenaan duduk berdekatan (di dalam kelas) dengan pelajar pertama sekolah itu yang mendapat jangkitan Influenza A (H1N1) selepas melawat Melbourne.


Berikutan itu Liow mengumumkan penutupan SJK (C) Jalan Davidson ditutup mulai 19 Jun (Jumaat lepas) sehingga 26 Jun minggu depan sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan penyakit itu di kalangan warga sekolah.Beliau berkata sepanjang tempoh penutupan, semua murid, guru dan kakitangan sekolah itu perlu berada di rumah masing-masing dan mengelak pergaulan dengan orang awam.


Nasihat duduk di rumah"Semasa tempoh kuarantin di rumah, mereka tidak dibenarkan menghadiri kelas tuisyen (bagi murid-murid), melawat tempat awam dan pergi ke majlis keraian."Semasa berada di dalam rumah, mereka juga dinasihatkan agar mengurangkan pergaulan dengan anggota keluarga lain yang tidak dikenakan arahan kuarantin itu," kata Liow.


Katanya mereka yang dikenakan arahan kuarantin dikehendaki segera menghubungi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di talian 03-26983757 atau 019-2299397 sekiranya mereka mula merasa kurang sihat atau demam.Penutupan itu melibatkan kira-kira 2,100 orang warga sekolah berkenaan termasuk guru, pelajar dan kakitangan.


Liow berkata kementerian turut menyediakan pasukan khas dan ambulans untuk mengendalikan pesakit yang disyaki menghidap Influenza A (H1N1).


Beliau menegaskan mereka yang diarah menjalani kuarantin supaya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan orang ramai.


Liow mengingatkan sesiapa yang melanggar peraturan Akta Kawalan Penyakit boleh didakwa di mahkamah dan dikenakan denda RM10,000 atau penjara atau kedua-duanya.


"Jangan langgar peraturan ini. Jangan paksa kerajaan guna akta ini untuk dakwa sesiapa," tegasnya.


Awal hari ini, Liow mengumumkan tujuh lagi kes Influenza A (H1N1) disahkan dalam negara, tiga daripadanya melibatkan pelajar sekolah, menjadikan jumlah kes bagi penyakit itu menjangkau 49 kes.

Tuesday, 16 June 2009

‘Datuk’ rekrut ahli baru - Harian Metro


GOMBAK: Selepas enam tahun hilang, seorang ‘Datuk’ yang pernah menggemparkan negara berikutan terbabit aktiviti menjual pangkat tentera mencecah RM25,000 kepada ahli persatuan sekali lagi ditahan polis semalam selepas didapati cuba menghidupkan semula kegiatan berkenaan.

Datuk berusia 41 tahun itu didakwa menjalankan penipuan dengan mengutip wang ribuan ringgit daripada orang ramai yang diperdaya menyertai pertubuhan Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) terbabit dengan berselindung di sebalik slogan ‘membanteras dan menentang musuh negara’.

Suspek yang pernah diberkas polis enam tahun lalu, turut mengejutkan orang ramai berikutan pernah mengisytiharkan dirinya perdana menteri keenam selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selain mendakwa memiliki kilang pemasangan komponen kenderaan mewah Mercedes.


Suspek yang hanya bersekolah setakat tingkatan lima turut mendakwa sebelum ini memiliki Ijazah doktor falsafah (PhD) dan pakar jurutera, tetapi semua gelaran itu rekaan semata-mata.
Semalam, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman melakukan serbuan di ibu pejabat pertubuhan berkenaan di Taman Gombak Jaya di sini, kira-kira jam 11.45 pagi.
Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner I Tajudin Md Isa, berkata serbuan dilakukan selepas pihaknya menjalankan pemantauan dan mendapati pejabat pertubuhan itu menjalankan aktiviti merekrut dan mengambil ahli baru secara haram bagi tujuan mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan mendapati 36 individu berusia 20 dan 40-an yang datang dari seluruh negara menjalani peperiksaan serta sesi temu duga di pejabat pertubuhan itu dan mereka ditahan untuk diambil keterangan lanjut.
“Kami turut menahan enam kakitangan termasuk dalang pertubuhan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Bukit Perdana, dekat sini, semalam.
Menurut Tajudin, selain dokumen seperti soalan peperiksaan dan sesi temu duga, polis turut merampas puluhan barangan dalam premis berkenaan untuk siasatan lanjut. “Ia termasuk resit bayaran yuran keahlian berserta wang tunai RM340, beberapa uniform serta topi, satu cota, 13 lambang PPKM dan gambar ketua pertubuhan itu yang dipamerkan di premis berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati rekrut baru PKMM diminta membayar RM180 untuk yuran keahlian atau kemasukan dan dijanjikan gaji RM1,900 sekiranya diterima menjadi ahli, namun mengikut pangkat masing-masing seolah-olah menyamai pasukan keselamatan negara.
“Antara kelayakan yang perlu untuk menjadi anggota PKMM adalah warganegara Malaysia berusia 18 hingga 60 tahun tidak kira lelaki atau perempuan dan bangsa, berkelulusan semua peringkat dari sekolah rendah hingga ijazah, tidak gila, buta atau pekak dan tidak mempunyai rekod jenayah.
“Bagaimanapun, kami akan menyiasat motif dan rancangan sebenar pertubuhan itu termasuk mengenal pasti jumlah sebenar ahli PKMM di seluruh negara,” katanya.
Berikutan itu, Tajudin meminta mereka yang terbabit pertubuhan itu supaya tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan.
Ketika diberkas jam 1 tengah hari semalam, suspek yang menggunakan gelaran Datuk berkenaan tampil ceria sambil melambai tangan ke arah wartawan dan jurugambar di bawah bangunan.
Suspek yang berpakaian kemas lengkap dengan jaket gelap dan topi baret sempat bersalaman sebelum dibawa pegawai polis menaiki kereta ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi siasatan lanjut.
Wartawan Harian Metro yang meninjau lokasi kejadian mendapati, pertubuhan terbabit seolah-olah mencabar polis apabila menampal salinan laporan polis yang mendakwa kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung PKPM melalui sebuah akhbar pada 26 Mei lalu adalah fitnah.
*sumber berita di petik dari www.hmetro.com.my

ROVER MOOT 1 MALAYSIA

Tarikh : 23 hingga 27 Julai 2009
Hari : Khamis hingga Isnin
Pendaftaran : 3.00 petang (Khamis 23 Julai 2009)
Tempat : Kem Tengku Mahkota, Bandar Tun Razak,Jengka Pahang
Anjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama PPM Negeri Pahang & PPM Daerah Jengka
Peserta : Ahli Kelana (berumur 171/2 tahun ke atas)
Yuran Penyertaan : RM100.00 seorang
Aktiviti :
- Projek Pioneering
- Program Extreme
- Ujian-ujian Skim Pengakap Kelana
- Persembahan Malam Pengakap
- Lawatan ke Taman Negara
- Dll.

Friday, 12 June 2009

Punca bumbung stadium runtuh - malaysiakini


Kuala Terengganu 12 Jun 2009. Punca bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Terengganu runtuh kini terjawab setelah seorang saksi yang enggan dikenali telah menyerahkan sekeping gambar melalui email yang diterima pada lewat malam tadi. Saksi berkenaan juga merupakan seorang jurugambar bebas @ Paparazi memberi penjelasan dalam email tersebut bahawa beliau pada mula telah datang ke kawasan tempat letak kenderaan di luar stadium terbabit setelah mendapat tahu bahawa Ultraman akan datang untuk menangkap raksasa yang terlepas dari kandang dasar laut 5 batu nautika dari sini.
Proses untuk membawa raksasa itu pulang tidak berjaya setelah usaha memujuk raksasa tersebut gagal. Rundingan yang selama 5 jam itu gagal setelah salah seorang jururunding telah bertukar menjadi Ultraman dan sehingga kini tiada sebarang kenyataan akhbar dari pihak kerajaan negeri mahu pun kerajaan pusat berikutan dengan kewujudan Ultraman di negeri ini.
Pihak polis dan tentera dikerah ke tempat kejadian kerana bimbang orang ramai akan berpusu-pusu datang untuk menyaksikan pertarung hebat antara raksasa dengan Ultraman. Pertarungan ini juga pada awalnya di buat di luar stadium tetapi pihak keselamatan telah mengarahkan perlawanan dibuat di dalam stadium untuk mengawal keadaan dan keselamatan orang awam. Oleh kerana bertindak ikut arahan, maka kerosakan stuadium telah berlaku dimana raksasa terbabit dengan tidak sengaja telah jatuh ke atas bumbung stadium kerana tergelincir dalam perlawanan tersebut.
Dan kini menjadi persoalan, siapakah yang patut dipersalahkan? Siapa yang akan membiayai kos baik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin? Tepuk dada, rakyat yang bayar.

Thursday, 11 June 2009

Media dedah luka di dada Manohara - malaysiakini


Jimadie Shah Othman Jun 10, 09 4:55pm

kemaskini 7.21pm


Kesan luka di dada Manohara Odelia Pinot, yang mendakwa akibat penderaan putera Sultan Kelantan, kini boleh disaksikan oleh semua pihak apabila ia didedahkan oleh sebuah media Indonesia hari ini.


Sekeping foto, daripada 10, yang dianalisis seorang pakar fotografi republik itu dimuatkan dalam akhbar internet terkenal Detik.com.


Penganalisis foto itu, yang juga seorang ahli parlimen Partai Demokrat, Roy Suryo Notodiprojo meneliti gambar-gambar itu yang diserah oleh ahli forensik Dr Abdul Mun'im Idries yang menjalankan pemeriksaan perubatan awal terhadap wanita 17 tahun itu.Selain pemeriksaan perubatan yang rapi itu, Manohara juga menjalani satu lagi pemeriksaan perubatan bersama pegawai penyiasat polis selepas memberikan keterangan kepada pihak berwajib itu semalam bagi melengkapkan siasatan kesnya.


Roy Suryo dilaporkan berkata beliau membuat analisis foto itu atas permintaan keluarga Manohara dalam satu pertemuan dengan wanita itu dan ibunya Daisy Fajarina di sebuah hotel malam tadi. Bekas model muda itu, yang bergelar Cik Puan Temenggong Kelantan, menyerahkan 16 keping foto kepada ahli parlimen itu tetapi hanya 10 yang dianalisis kerana bakinya tidak begitu jelas.


Mengesahkan keaslian foto-foto itu, Roy Suryo berkata foto yang dirakam melalui kamera telefon bimbit dipercayai diambil sendiri oleh Manohara pada waktu malam antara Mac hingga April lalu.Isteri Tengku Muhammad Fakhry Petra melarikan diri ke Jakarta pada 31 Mei setelah berada di Malaysia selama beberapa bulan sejak selesai mengerjakan umrah di Jeddah pada 9 Mac lalu - hari beliau mendakwa diculik oleh suaminya.Pakar teknologi maklumat itu berkata, hasil analisisnya terhadap foto-foto tersebut, beliau menemui beberapa kesan luka di serata badan Manohara.


"Ada 11 titik luka di bagian (bahagian) depan tubuh. Lukanya berbagai macam, sayatan (calar), sundutan (kesan cucuhan api rokok), dan lebam. "Saya bisa memastikan (foto itu) asli. Tetapi lukanya saya serahkan kepada ahli (pakar) yaitu doktor," Roy Suryo dipetik berkata hari ini sewaktu menunjukkan foto-foto tersebut di komputer ribanya di sebuah hotel.


"Saya menyatakan foto itu masih asli sesuai dengan ukuran asli di (telefon jenama) Blackberry tidak ditambahi dan tidak diedit, (atau) diubah setting-nya.


"Roy Suryo menunjukkan, antaranya, foto kesan lebam di tangan Manohara yang bertarikh 10 Mac lalu, manakala foto kesan calar di bahagian tangannya dirakam 29 Mac lepas.


Terdapat juga foto kesan cucuhan api rokok di bahagian kening yang diambil pada 5 April lalu, serta dua foto kesan calar di dada pada 6 April, lapor Detik.com lagi.Foto-foto itu mampu menjadi bukti sokongan terhadap bukti utama, pemeriksaan kesihatan rapi, tambah ahli parlimen itu.Sementara itu, akhbar Surya petang ini melaporkan, hasil pemeriksaan perubatan rapi mendapati terdapat bekas calar, suntikan dan kesan terbakar "seperti akibat diseterika" ditemui di bahagian-bahagian dada, leher, belakang dan paha Manohara.


Peguamnya Hotman Paris Hutapea dilaporkan berkata, dua doktor yang memeriksanya telah mengambil gambar Manohara menggunakan kamera khas untuk mengecam kesan-kesan tersebut.

Kisah Polis Trafik & Jojo - malaysiakini

Artikel best ni aku cilok dari - Jojo's Cupcake, Muffin and Vanilla.

I was on the way home from my office.
And, i was on the phone with a friend.
And there comes a police officer stopped me.
The conversation goes

Police Officer (PO) : you bawak kete cakap phone tak pakai handfree tak boleh.

me : Sorry?

po : Bagi i lesen.

me : sorry?

po : driving license.

me : ok.
pass the license to the PO

po : you ni india ke apa?

me : sorry?

po : you mix?

me : yes.

po : mix apa?

me : sorry?

po : You China?

me : You mean Chinese?

po : Yes, you chinese mix what?

me : Chinese, Indian, Siamese.

po : you bawak kete tadi cakap phone tu tak boleh

me : sorry??

po : you ni malaysian kenapa takleh cakap melayu ni
*he swtiched on his walkie talkie and talk to his mate

po : dia ni tak faham melayu ni

mate : dia tak faham tu susah. lepaskan je lah.

me : sorry? (dgn muka yg innocent giler babi)

po : you malaysian why no speak malay?

me : i just came back.

po : back from?

me : London.

po : you student?

me : yes

po : so u habis study dah la ni?

me : sorry?

po : you no student?

me : i am still student.

po : you finish student london?

me : i'm studying in Sunway University College now.

po : ayah you keje ape?

me : i don't understand what are you trying to say. sorry.

po : father work where?

me : my father is in langkawi.

po : business?

me : yes.

po : i give you saman. you wait.
he went to his motorbike and took the saman booklet.

po : i give you saman rm200 u bayar kat polis.

me : sorry??

po : i give u saman rm200 you go pay polis can?

me : what is saman?

po : where you go?

me : i'm going home.

po : where ur home?

me : nearby hospital tawakal.

po : i give you saman can?

me : what is saman?
*the mate on the walkie talkie says : dia tak faham tu susah nak dapat. lepas je la.

po : can give you saman?
* i buat muka yg innocent giler babi yang tak faham ape bende yg dia tgh merepek ni

me : sorry? i really don't understand you. what is saman?

po : i give you saman. can? you go pay polis.

me : errr ok??

the mate on the walkie walkie says : lepas je la. dia tak faham melayu.
the po replied : ishh. susah ah dia ni.

po : you go now.

me : huh?
*dalam hati gembira habis

po : you go now. no use phone driving.

me : sorry?

po : you go now.

me : okay.
*dengan muka yg tak faham langsung
**padahal dalam hati tengah gembira nak mampus

*lepas tu the police officer stop the car from passing by my side so i can get out.wuhuuuu!

sepanjang conversation tu i pakai british accent yg fake giler.

HAHAHAHA polis yg bodoh! ingat nak ambik rasuah dekat i? xleh blah ah!!!

TPU -Muakhakhakhakhakhakhakha...!!! Polis mi ni sepik inggelisy, mi no pil pom... aper la punya turrr polis..!

Beberapa Kad Pengenalan Bersama Kad UMNO DDPNJ Buat Laporan Polis






Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah membuat satu laporan Polis di Balai Polis Skudai, Batu Sepuluh Johor Bahru berkaitan dengan penemuan 14 keping kad pengenalan bersama beberapa keping kad perwakilan UMNO oleh Sdr Za’aba Bin Haji Ibrahim, Ketua Pemuda PAS Kawasan Pulai pada 6 Jun 2009 lebih kurang pukul 6.15 petang di tempat pembuangan sampah berdekatan Taman Dahlia, Tampoi.
Penemuan ini merupakan satu sejarah yang cukup besar ertinya kepada politik negara kerana ia sudah pasti akan menguatkan bukti bahawa berlakunya penyelewengan terhadap sistem pengundian di dalam pilihanraya Malaysia.

DPPNJ mempersoalkan bagaimana kad pengenalan sebanyak ini boleh dijumpai dalam keadaan yang elok tanpa ada tanda-tanda ianya telah dilupuskan dan lebih mencurigakan ianya dijumpai bersama-sama kad perwakilan serta baju dan topi berlambangkan UMNO.

DPPNJ mendesak agar PDRM akan membuat penyiasatan segara terhadap laporan polis ini terutamanya kepada seorang Naib Ketua Wanita UMNO Cawangan Taman Baru yang mana kad perwakilannya turut sama dijumpai bersama-sama IC tersebut.

DPPNJ tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke peringkat atasan termasuklah kepada ahli Parlimen PAS/PR untuk dibentangkan di dalam persidangan. -khairul faizi




















Manohara Alami Kecacatan Kekal Di Muka - malaysiakini


Wednesday, June 10, 2009

Tak mau cerita banyak... tapi inilah kesan dari "penderaan" yang didakwa telah dilakukan oleh suami Manohara ketika mereka bersama... muka Manohara telah mengalami kecacatan kekal. pendawaian pada sistem otak dan saraf model ini juga didapati telah rosak teruk dan model ini dikatakan telah mengidap sindrom "wang besar, wang besar, wang besar"...

TPU - Heran sungguh aku, orang yang kena dera dengan laki dia sempat lagi bergumbira-gumbira dan bermemek-memek muka lucu... macam langsung tak de tekanan...Ikut kenyataan peguam Manohara, ada kesan luka pada bahagian hujung payudara model berkenaan dan kesan luka tersebut masih baru sambil menunjukkan kepada wartawan gambar yang diambil dengan telifon bimbitnya.Hah..? telifon bimbit..? masih baru? berapa baru..? erm...Sape yang gigit tu oi..?

Sunday, 7 June 2009

Lima ditahan kerana mengklon ID Trunked radio

KUALA LUMPUR Jumaat, Jun 05, 2009: Empat lelaki dan seorang wanita ditahan kerana disyaki mengklon kod laluan (ID) alat trunked radio di sebuah premis perniagaan berhampiran F&N Business Park, Jalan Sungai Besi, di sini.
Kesemua yang ditahan berumur 20 hingga 30 tahun dan seorang daripada empat lelaki itu merupakan rakyat Nepal, manakala wanita yang ditahan adalah rakyat Indonesia.
Penolong Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Enkatesulu Juval berkata SKMM turut merampas sebuah komputer riba, dua unit pemprosesan data (CPU), beberapa kabel untuk pengklonan dan beberapa 'walkietalkie' atau trunked radio yang dipercayai disalahgunakan.
"Mereka yang ditahan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman untuk diambil keterangan bersama barangbarang rampasan," katanya kepada pemberita di premis terbabit.
Beliau berkata siasatan awal mendapati premis itu dipercayai membekal dan menyediakan perkhidmatan alat trunked radio tanpa lesen dan mengenakan bayaran perkhidmatan bulanan bulanan yang murah.
"Mereka juga membekalkan peralatan telekomunikasi 'substandard' tanpa cop Sirim dan menggunakan stesen pemancar untuk menyediakan perkhidmatan trunked radio tanpa lesen," katanya.
Serbuan yang dilakukan oleh polis itu turut dibantu dua pegawai SKMM dan empat pegawai dari Sirim. BERNAMA

Lawatan ke Jambori Pengakap Melaka Bandaraya Warisan Dunia ke 7.

Pada 31/05/2009, M.A.L.A.S dan Krew KelKom IPK telah adakan lawatan muhibbah ke Jambori Pengakap Melaka Bandaraya Warisan Dunia ke 7 yang terletak di Melaka Scout’s Camp (Kem Puan Tan Chay Yan) , Bukit Katil. Walaupun cuaca panas tetapi program tetap meriah. Kami tiba dalam jam 10.20 pagi sebaik sahaja majlis perasmian tamat. Perancangan awal nak balik tgh hari tetapi terpaksa balik tgh mlm sebab enjoy dengan suasana jambori. Macam-macam barang dibeli sebagai cenderamata. Skaf jambori ditaja oleh 9W2SQ manakala tempat singgah dan santapan disediakan oleh 9W2HH & 9W2HG. Terima kasih daun keladi, lenkali leh taja lagi.. Hehehe..
Gandingan antara pemimpin dan peserta di Malam Kebudayaan..
Sempat juga bergambar dgn peserta dari Sabah. Comey2, bah.
Ni pula dayang-dayang dari Tanjung Pinang.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah memanjat tembok.
Kesian lak budak tuh aku tgk.. Huhuhu..

Antara VIP yg hadir disebelah petang. Diantara mereka tuh, siapa 9W2SWT?

Kelkom & M.A.L.A.S minum petang bersama di gerai @ Jambori

Hmm.. Amcam? Menarik tak?

Yang menarik juga ke?

Hmm.. Mungkin yg ni kut.. Huhuhu..

Trio Member. Dari kiri 9W2HH, 9W2MN, 9W2SQ

Eh! Ko teropong sape tuh, dek?

Kasi joget pak aji woiii...


Hmm.. Skali lagi gambar menarek...


Yang nie aktiviti apa lak yea?


Ade jerr yang tak terlepas dari lensa paparazi.


Yea..Yea.. Dapat skaf baru..
Yang nie nak promosi air mineral ke? :P

Pemimpin dari Bangladesh.

Kontijen dari Bangladesh.

Berehat sambil menjamu selera @ home-Q 9W2HH @ Tmn Duyong Permai.
Lauk asam pedas disediakan oleh 9W2HG.

Cewek-2 Pramuka dari Indonesia..
Kontigen KelKom diketuai oleh 9W2SQ.

Shopping sakan @ Jamboree
Bergambar beramai2 di depan perkampungan Pulau Pinang.
Duk berehat bersama 9M2DA.

Dari kiri 9W2ZS, 9W2SQ, 9W2SLK,9W2AYA.
Sessi bergambar @ Perkampungan Kelantan.

Sessi bergambar @ Perkampungan Johor.

Baru sampai daaa....