Ini smua kerja orang gila...

Pagi nie aku dapat panggilan dari SWL Irwan.. Dia tanya samada aku dah baca paper The Sun ari ni.. Aku mmg jarang baca paper sebelah pagi.. Kalo ada pon just selak2 muka depan jerr.. Itu po kalo singgah kat kedai mamak utk beli rokok @ top up hp aku.. Berita yang membuatkan kami gelak besar sgt tuh berkenaan 'Laptop Detector'..
Hmm.. Sape la yang handal bonar nak jual laptop detector semurah RM50? Barang2 nie smua bersepah di Jalan Pasar atau Low Yat Plaza? Barang2 yang selama nie dalam media elektronik dan media cetak tunjuk tuh bukan lah untuk mengetahui apa isi dalam kenderaan.. Ianya hanya untuk kegunaan seperti mengesan cable di dalam dinding, LAN Tester, etc..
Aku tak pelik untuk orang mencuri laptop atau brg2 berharga spt radio transceiver, hp, PDA yg mungkin kita tinggalkan dalam kenderaan kita.. Orang nak mencuri ni biasanya bergerak dalam kumpulan.. Kerja2 mencuri nie derang dah wat recce a.k.a survey dulu.. Kerja mencuri nie pon kena ada strategi dan perancangan yang rapi..
Aku nak tanya pendapat korang la, kenapa derang pecah kenderaan mewah atau kenderaan model baru? Bukannya kereta Saga Orient, Datsun 120Y, paling tidak pon, BMW tahun 1975? Sebabnya jarang diantara mereka yang memandu kenderaan lama ni menyimpan barang2 berharga spt laptop.. Kalo derang simpan pon, takde sape nak caya..
BUKTI
Masih blom ada ujian dari pihak SIRIM atau pun mana badan professional mahupun mana2 syarikat yang membuktikan semua alat2 yang 'dituduh' tu sememangnya Laptop Detector..
Dulu ramai yang percaya Frequency Counter merupakan alat pengesan laptop sampaikan benda alah tuh kena banned dgn kerajaan Malaysia.. terus terang la aku nak cakap, kita bukan sebodoh tuh..
Yang slalu cakap kat TV, Radio & dalam paper, smua hanya pegawai polis yang buat tangkapan.. Bukan nya pakar dalam bidang elektronik mahu pun gelombang micro.. Kalo cam tuh, orang lain pon leh cakap, alat penggera kebakaran mudah alih juga merupakan alat pengesan laptop dalam bilik kebal 5 kaki bawah tanah..

Comments

Popular Posts