Thursday, 11 June 2009

Media dedah luka di dada Manohara - malaysiakini


Jimadie Shah Othman Jun 10, 09 4:55pm

kemaskini 7.21pm


Kesan luka di dada Manohara Odelia Pinot, yang mendakwa akibat penderaan putera Sultan Kelantan, kini boleh disaksikan oleh semua pihak apabila ia didedahkan oleh sebuah media Indonesia hari ini.


Sekeping foto, daripada 10, yang dianalisis seorang pakar fotografi republik itu dimuatkan dalam akhbar internet terkenal Detik.com.


Penganalisis foto itu, yang juga seorang ahli parlimen Partai Demokrat, Roy Suryo Notodiprojo meneliti gambar-gambar itu yang diserah oleh ahli forensik Dr Abdul Mun'im Idries yang menjalankan pemeriksaan perubatan awal terhadap wanita 17 tahun itu.Selain pemeriksaan perubatan yang rapi itu, Manohara juga menjalani satu lagi pemeriksaan perubatan bersama pegawai penyiasat polis selepas memberikan keterangan kepada pihak berwajib itu semalam bagi melengkapkan siasatan kesnya.


Roy Suryo dilaporkan berkata beliau membuat analisis foto itu atas permintaan keluarga Manohara dalam satu pertemuan dengan wanita itu dan ibunya Daisy Fajarina di sebuah hotel malam tadi. Bekas model muda itu, yang bergelar Cik Puan Temenggong Kelantan, menyerahkan 16 keping foto kepada ahli parlimen itu tetapi hanya 10 yang dianalisis kerana bakinya tidak begitu jelas.


Mengesahkan keaslian foto-foto itu, Roy Suryo berkata foto yang dirakam melalui kamera telefon bimbit dipercayai diambil sendiri oleh Manohara pada waktu malam antara Mac hingga April lalu.Isteri Tengku Muhammad Fakhry Petra melarikan diri ke Jakarta pada 31 Mei setelah berada di Malaysia selama beberapa bulan sejak selesai mengerjakan umrah di Jeddah pada 9 Mac lalu - hari beliau mendakwa diculik oleh suaminya.Pakar teknologi maklumat itu berkata, hasil analisisnya terhadap foto-foto tersebut, beliau menemui beberapa kesan luka di serata badan Manohara.


"Ada 11 titik luka di bagian (bahagian) depan tubuh. Lukanya berbagai macam, sayatan (calar), sundutan (kesan cucuhan api rokok), dan lebam. "Saya bisa memastikan (foto itu) asli. Tetapi lukanya saya serahkan kepada ahli (pakar) yaitu doktor," Roy Suryo dipetik berkata hari ini sewaktu menunjukkan foto-foto tersebut di komputer ribanya di sebuah hotel.


"Saya menyatakan foto itu masih asli sesuai dengan ukuran asli di (telefon jenama) Blackberry tidak ditambahi dan tidak diedit, (atau) diubah setting-nya.


"Roy Suryo menunjukkan, antaranya, foto kesan lebam di tangan Manohara yang bertarikh 10 Mac lalu, manakala foto kesan calar di bahagian tangannya dirakam 29 Mac lepas.


Terdapat juga foto kesan cucuhan api rokok di bahagian kening yang diambil pada 5 April lalu, serta dua foto kesan calar di dada pada 6 April, lapor Detik.com lagi.Foto-foto itu mampu menjadi bukti sokongan terhadap bukti utama, pemeriksaan kesihatan rapi, tambah ahli parlimen itu.Sementara itu, akhbar Surya petang ini melaporkan, hasil pemeriksaan perubatan rapi mendapati terdapat bekas calar, suntikan dan kesan terbakar "seperti akibat diseterika" ditemui di bahagian-bahagian dada, leher, belakang dan paha Manohara.


Peguamnya Hotman Paris Hutapea dilaporkan berkata, dua doktor yang memeriksanya telah mengambil gambar Manohara menggunakan kamera khas untuk mengecam kesan-kesan tersebut.

No comments:

Post a Comment