Raya oh! Raya

Salam..

Pejam celik dah masuk penghujung Ramadhan.. Terasa masa cepat berlalu.. Aidilfitri bakal menjelma.. Duit la smua tu.. APe lagi.. Huhuhu.. Cuti hujung minggu lepas menjadikan cuti hujung minggu terakhir seblm masuk bulan Syawal.. Sekitar pusat bandar Kuala Lumpur cam biasa la.. Sesak dan padat dgn kehadiran mereka yang sakan bershopping walaupon keadaan ekonomi masih lagi tak brapa sihat.. Ala.. Raya, Beb!! Setahun sekali.. Seperti biasa yang dapat adengan yang kita dapat lihat, kedai menjual pakaian, kedai accessories kenderaan, pusat service kenderaan, kedai tayang, kedai perabot, kedai jual kereta, pasar larut malam, smua nya penuh dgn mereka2 yang sememangnya nak beraya.. Cam biasa juga, masih ada yang shopping last minute dgn harapan ada harga yang bakal di'potong' sehingga 80%.. Itu lumrah penghuni bandaraya Kuala Lumpur.. Bila nak beraya, selagi blom time sembahyang hari raya, selagi tuh la depa nie nak shopping..

Hmm.. Kalo nak citer pasai raya pai bila pon x leh abes.. Pas raya pon pasti ada yang nak shopping raya lagi.. Hehehehhe.. Ok la.. Aku MALAS nak tulis panjang2 sebab aku nak sahur dulu.. Pagi nanti aku juga menjadi sebahagian dari mereka2 yang nak raya.. Nak anta kereta untuk diservis sebelum pulang ke kampung halaman.. So pada mereka yang membaca, menjengah, melihat blog M.A.L.A.S nie, aku dan semua warga M.A.L.A.S ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.. Utamakan kecepatan dari keselamatan bagi mereka yang dah tak nak sambut raya tahun hadapan.. Hargailah raya ini dengan menjadikan jalan raya kita bukan laluan maut.. Pandu cermat, semoga smua nya selamat, saman pon x dapat, anda mampu mengubahnya.. Ingatlah bahawa jalanraya bukan milik persendirian.. Tujoh puloh tiga..



Comments

Popular Posts