Tuesday, 4 May 2010

No English in repeater pleaseee!!

9w2di dan 9w2mw adalah rakan sepejabat dengan 9m2dz. Tapi 9w2mw adalah adik angkat kepada 9m2dz. Mohd ridzuan (mualaf). Nama cina dia lupa lak aku. Kami tinggal serumah di Sungai Petani. Susah senang kami bersama. Beliau seorang yang cukup kuat makan..heheh..hatinya baik..dan sifat manjanya tu masih aku ingat hingga kini.

Aku dan wan (9w2mw) selalunya akan berborak dan berinteraksi dalam bahasa inggeris. Bukan apa, ini bertujuan untuk kerja kerja kami yang selalunya melibatkan bahasa tersebut. Tak la selalu. Kadang kadang tu nak cakap..kami cakaplah.

Wan dan aku ambik periksa sekali. Sama ngan Taha 9w2ti (tak pernah keudara). Jadi sebelum kami ambik RAE..kami beli radio dulu. Untuk praktis ..kami selalu pi frekuensi yang orang tak guna..tak jauh laa..kadang dari kedai ke rumah sewa 9m2dz..dalam 50m....apa kami cakap?

Kami selalu tiru macam dalam HF yang selalu kami dok dgr 9m2dz cakap. CQ DX CQ DX..dan..terus terusan dalam bahasa inggeris..

Aku seronok dan wan pun seronok.."wahhh...wan..kita boleh praktik cakap bahasa inggeris dalam HAM nanti"....

Kami lulus..aku pun teruja nihhh..nak praktik apa yang aku praktik di CB dan apa yang kami nak praktik di repeater...

Repeater yang kami selalu guna ini adalah milik persatuan yang meletakkan nama Melayu sebagai asasnya. Ok...repeater Melayu la kut...

Aku pun tak tahu yang ada persatuan nihh..tapi apa yang 9m2dz bagitau ..ada persatuan yang iktiraf kat Malaysia ..Marts..okk..mana aku nak masuk?

Ada kisah aku masuk Astra...nanti akan dikongsi...

Satu hari ..aku dan wan berQSO direpeater..masa tu aku tinggal di kampung (Teroi)...wan di SP..aku dan dia berborak dalam bahasa inggeris..satu soraaa sudah mariiii "sila berkomunikasi dalam bahasa melayu...ini bukan repeater orang putih..ini repeater orang melayu"...tersentak aku....hampir seminggu aku tak sembang dalam repeater..

Aduhhh...kenapa begini? Ini kisah hampir 10 tahun lalu..aku harap kini ia tidak lagi berlaku...

Sekarang kebanyakan 9w2 tak nak ke HF dgn alasan ..tak tahu BI...aku BI SPM fail...mana pandai..hentam kromo jaaa..tapi nak juga cakap..ada pulak yang paku kot belakang..sabar jaa laa...

Itu kisah dulu..sekarang bukakan minda kita...apakah cara QSO di HF..mudah jaaa..dah berlambak rakan2 HAM upload video...jom kita kongsi kat situ...

Bagi rakan yang menegur kami dulu....aku persilakan beliau masuk ke 10m...jomlaaa tegur kami kat sana...kat sana ramai cakap Bahasa Inggeris...10m band Melayu ka?


72...9w2di

source from here.

No comments:

Post a Comment