
Pada 29 Ogos 2009 lepas, majlis penganugerahan Pingat Peringatan Sempena 100 Tahun Pengakap di Malaysia telah diadakan di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Anugerah tersebut telah disampaikan sendiri oleh Dato' Seri Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh selaku Ketua Pengakap Negara. Seramai 34 orang penerima pingat terdiri daripada kalangan ahli pengakap serta orang awam. Majlis penganugerahan ini dijalankan dalam keadaan yang sederhana memandangkan ia dilakukan dalam bulan Ramadhan. Selesai sahaja majlis penganugerahan, Dato' Seri KPN turut berbuka puasa bersama dalam majlis berbuka puasa anjuran Ibu Pejabat PPM. Antara aktiviti yang dijalankan Solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah serta menjamu selera bersama.
Datuk Kaha menyampaikan koleksi pingat kepada Dato' Seri Dr. Haji Shafie
Tahniah kepada M.A.L.A.S yang dapat pingat pada hari tersebut. Antara Ahli M.A.L.A.S yang turut menerima ialah:

9W2SQ - En. Sabri
Biro Perhubungan Antarabangsa KelKom

9W2HH - En. Hamdan

9W2HG - Puan Ruby
9W2BC - En Amrin
Comments
Post a Comment