World JOTA-JOTI Peringkat Negeri 2009
Pada 16-18 Oktober 2009 telah berlangsungnya program Jamboree On The Air & Jamboree On The Internet peringkat dunia dimana seluruh ahli pengakap berhimpun di seluruh negara dan berkomunikasi menggunakan radio. Walaupun kebanyakkan sekolah menjalankan peperiksaan akhir tahun dan juga pada 17 Oktober juga merupakan cuti perayaan Deepavali, ini tidak mematahkan semangat ahli pengakap untuk turut serta dalam World JOTA-JOTI pada kali ini. Tema Jota Dunia pada tahun ini adalah "Climate Change Challenge (C3)" dimana peluang terbaik untuk ditunjukkan pada dunia bahawa berjuta ahli pengakap diseluruh dunia harus melindungi alam sekitar dan ia perlu dilindungi demi kebaikkan semua.
Kelkom IPK pada tahun ini telah berpecah kepada dua kumpulan dimana satu kumpulan ditugaskan di Stesen JOTA 9M4SJZ di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, KL dan satu lagi di Stesen JOTA 9M4SJO di Kompleks Rakan Muda, Kamunting, Perak.
Di Stesen JOTA 9M4SJO, seramai 65 orang peserta dari sekolah sekitar Larut, Matang dan Selama telah mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan selama 1 hari. Walaupun aktviti dijalankan selama 1 hari, pihak pengurusan telah dibantu oleh KelKom IPK dan juga krew kelana tempatan.
9W2LMA sedang memberi penerangan berkenaan Emergency Communication
Comments
Post a Comment