M.A.L.A.S dari dulu, kini dan selamanya.....





Pertemuan dialam maya baru-baru ini membuatkan rasa terpanggil untuk melihat blog yang cukop lama tidak diusik. Kenangan yang cukup indah untuk dikenang bila kali pertama ke udara bersama rakan-rakan yang tidak pernah dikenali.Persahabatan yang terjalin tanpa mengira latar belakang melalui gelombang radio. 



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 






Walaupun usia makin meningkat, komitmen makin bertambah namun ia bukanlah satu penghalang. Pelbagai aktiviti telah dilaksana bagi menjalankan ujikaji dalam mengembangkan pengetahuan tentang radio ini.





Sumbang bakti sukarelawan dalam pergerakan pengakap juga dapat mengembangkan minat anak-anak pengakap terhadap radio komunikasi. Ternyata ia semakin mendapat tempat bila setiap kali program jambori di udara berlangsung.







Selama ini banyak aktiviti yang telah dilakukan. Bukan sekadar didalam negara malah sampai ke luar negara. Walaupon tidaklah jauh mana tapi kata orang, "jauh berjalan, luas permandangan". Kali ini pengakap dan radio telah sebati dalam M.A.L.AS...








Intai kami di https://www.facebook.com/kelanakanankomunikasi/

Comments

Popular Posts