BENGKEL PERSEDIAAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR 2009

Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Sabah, dengan kerjasama Kelab – Kelab Amatur Radio Sabah akan mengadakan Bengkel Persediaan Peperiksaan Radio Amatur pada 14 Jun 2009 bertempat di East India Ballroom, Level 3, 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu

Objektif
• Untuk meningkatkan kesedaran Servis Radio Amatur dan regulasi yang berkaitan dengannya;
• Sebagai sebahagian daripada kursus persediaan kepada calon – calon Peperiksaan Amatur Radio siri ke-1, 2009 pada bulan Jun;
• Mengurangkan kadar pengguna dan Servis Amatur Radio yang tidak sah.

Kumpulan Sasaran
Disasarkan kepada calon – calon yang akan menduduki Peperiksaan Amatur Radio dan juga orang awam.

Pendaftaran
Yuran pendaftaran adalah sebanyak 10 Ringgit. Mereka yang berminat digalakkan mendaftar awal kerana tempat duduk adalah terhad. Pendaftaran adalah ‘first come first served’.

Bagaimana untuk mendaftar ?
Pendaftaran boleh dilakukan dengan datang sendiri ke ibu pejabat kami di:

Pejabat Sabah & W.P Labuan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Tingkat 10, Menara MAA, Api- Api Center,
88000 Kota Kinabalu

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Pn. Suhaila Jaffar (suhaila.jaffar@cmc.gov.my) Tel: 088 -270558

sumber dari http://www.skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD09/Notis_Bengkel_RAE_Sabah.pdf

Comments

Popular Posts