Punca bumbung stadium runtuh - malaysiakini


Kuala Terengganu 12 Jun 2009. Punca bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Terengganu runtuh kini terjawab setelah seorang saksi yang enggan dikenali telah menyerahkan sekeping gambar melalui email yang diterima pada lewat malam tadi. Saksi berkenaan juga merupakan seorang jurugambar bebas @ Paparazi memberi penjelasan dalam email tersebut bahawa beliau pada mula telah datang ke kawasan tempat letak kenderaan di luar stadium terbabit setelah mendapat tahu bahawa Ultraman akan datang untuk menangkap raksasa yang terlepas dari kandang dasar laut 5 batu nautika dari sini.
Proses untuk membawa raksasa itu pulang tidak berjaya setelah usaha memujuk raksasa tersebut gagal. Rundingan yang selama 5 jam itu gagal setelah salah seorang jururunding telah bertukar menjadi Ultraman dan sehingga kini tiada sebarang kenyataan akhbar dari pihak kerajaan negeri mahu pun kerajaan pusat berikutan dengan kewujudan Ultraman di negeri ini.
Pihak polis dan tentera dikerah ke tempat kejadian kerana bimbang orang ramai akan berpusu-pusu datang untuk menyaksikan pertarung hebat antara raksasa dengan Ultraman. Pertarungan ini juga pada awalnya di buat di luar stadium tetapi pihak keselamatan telah mengarahkan perlawanan dibuat di dalam stadium untuk mengawal keadaan dan keselamatan orang awam. Oleh kerana bertindak ikut arahan, maka kerosakan stuadium telah berlaku dimana raksasa terbabit dengan tidak sengaja telah jatuh ke atas bumbung stadium kerana tergelincir dalam perlawanan tersebut.
Dan kini menjadi persoalan, siapakah yang patut dipersalahkan? Siapa yang akan membiayai kos baik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin? Tepuk dada, rakyat yang bayar.

Comments

  1. sekang camane keadaan stadium tuh?

    salamm,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts